
Kami merupakan sekumpulan guru pelatih daripada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) major Pendidikan Jasmani Ambilan Januari 2008 dari IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Kami telah dipertemukan pada pertengahan tahun 2006 iaitu semasa kami menjalani kursus Pra PISMP selama 3 semester. Setelah tamat kursus persediaan tersebut, kami meneruskan perjuangan untuk mencapai segulung Ijazah Pendidikan dalam Pendidikan Jasmani untuk 8 semester. Kami terdiri daripada 19 orang ahli iaitu 14 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Kumpulan kami ini diterajui oleh seorang tutor dan mentor yang amat dikasihi dan dedikasi iaitu Pn. Jamaliyah Binti Ahmad. Pelbagai ilmu telah kami pelajari dan timba sepanjang melanjutkan pengajian di institut perguruan ini. Selain itu, pelbagai pengalaman manis dan pahit telah kami lalui bersama sepanjang mengadakan atau mengelolakan aktiviti yang dirancang. Kini, ELIT.7 masih utuh bersatu untuk memastikan setiap tugasan, perancangan dan aktiviti dapat dilaksanakan dengan jayanya serta bersedia menempuh cabaran dan dugaan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment